Friday, June 3, 2016

Cuti cuti Pangkor

Minggu lepas setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak bercuti dgn family belah isteri.  Kali ni kami ke Pangkor.

Seronok dapat kumpul ramai2.  Almaklumlah masing2 dah besar dan dah ada career masing2, so nak dapat berkumpul reramai agak payah lately ni.

Pangkor pulak dah bertambah maju, dan perubahan pada pantai menyebabkan sedikit gangguan pada ecosystem serta structure pantai.

Walau bagaimana pun kami sekeluarga tetap enjoy.

Semoga semua diberi kesihatan baik yg berpanjangan dan dapat bertemu lagi di lain waktu, insyaAllah.

Tuesday, May 24, 2016

Bangun Pagi

Salam & sejahtera to all...

Harini bangun pagi terdengar anak2 kata mengata masa sarapan atas meja makan.  Yang abang 14 tahun, si adik pulak 9 tahun.

Aku sebagai ayah, tanya pada adik, apa yg membuatkan dia marah?  Katanya si abang berebutkan sarapan roti + hotdog cheese yg si emak buatkan lebih utk adik.

Si adik pulak, nak bawak lebih utk bekal ke sekolah agama.

Itu pun boleh jadi hal.  Yelah, anak2 ni kadang diorg xsedar betapa beruntung bila bangun pagi ada makanan atas meja, dan dari itu haruslah kita elakkan bercakaran di hadapan makanan, sebab nanti Allah SWT marah.

Kalau depan guru besar, depan boss, depan makwe, depan bapak mertua, kita makan sure kita jaga tingkah laku, sebab apa?  Sebab kita tak nak diorg marah, jadi kenapa depan Allah SWT kita macam tu?  Sedangkan murka Allah SWT adalah lebih berat & dasyat berbanding murka manusia.

Wahai anak2 ku... Janganlah engkau bergaduh lagi, pandang & lihatlah mereka yg berada di Afghan, Somalia, Africa... Betapa mereka lapar & dahaga, dan tidak ada satu pun makanan yg dapat dimakan, sama ada pagi, petang ataupun malam, dan ada yg mati akibat kelaparan.

Mudahan2 hidup kamu anak2 sentiasa dilimpahi rahmat & membesar menjadi manusia yg sederhana dalam serba serbinya, insyaAllah...

Tuna Bay Island Resort

Punyalah happy hati dapat jejak kaki ke pulau idaman, lama teringin nak pergi pulau yang airnya jernih, since kecik lagi.

Alhamdulillah berkat doa & usaha, sampai jugak aku sekeluarga.  Sayang mak tak dapat nak ikut, atas masalah kesihatannya :-(.

Apa pun, tak terungkap dek kata2 bila tengok keindahan alam ciptaan Allah SWT, rasa tergamam pun ada.

Mohon doa agar dipanjangkan usia, dapat ke sini lagi bersama orang tersayang, insyaAllah, mudah mudahan... Amin